Friday 19 February 2016

Garam Aura Rezeki


Alhamdulillah..sejak amalkan mandi tiap hari guna garam aura rezeki...segala urusan di permudahkan...rezki yg dtg dr pelbagai arah...di kelilingi oleh insan2 hebat...family tersayang...kawan yg baik2...sangat2 positif!!
.
Tak cuba mana nak tahu kan...kita bergantung sepenuhnya pd ALLAH...garam aura sebagai asbab je...semuanya dengan keizinan Allah swt ...syukur alhamdulilah ..
.
Sempena ulang tahun kelahiran aura rezeki..boss telah buat promosi pnjimatan yg bez sgt2 selama sebulan.
.
Dapatkan pada harga PROMOSI..
Pos seluruh malaysia dan cod area kuala terengganu dan kuala lipis , pahang  juga  kwasan berdekatan.

Eyda Aura Rezeki
Agent Garam Aura Rezeki Perak
0133896832
#jutawanaurarezej
#cantikberaura
#manismenawan

Pengguna Tegar Garam Aura Rezeki...
serlahkan auramu...😄😄😄😄😄😄😄
#sayajual
#sayapakai
#naktahukecuba
alhamdulillah bnyk membantu dalam kehidupan seharian saya.. Garam ni Asbab je..penentu segala Allah s.w.t dengan izin Allah semua menjadi..


untuk order atau sebarang pertanyaan boleh whatsapp atau pm 0133896832

Eyda Aura Rezeki
Agent Teluk Intan Perak.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN MALAYAN UNION

Sebab-sebab Malayan Union mendapat tentangan daripada orang Melayu. Pertama ialah kedaulatan dan kuasa sultan terancam. Orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana Malayan Union telah mengancam kedaulatan raja-raja Melayu. Kuasa raja-raja Melayu dikurangkan dan pentadbiran diambil alih oleh Gabenor yang mempunyai kuasa veto. Akibat raja-raja kehilangan kuasa, orang Melayu bimbang tentang masa hadapan untuk menghadapi persaingan daripada kaum bukan Melayu. Gabenor Malayan Union akan menjadi Pengerusi Majlis Islam dan ini menjatuhkan maruah dan kesucian agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam. Orang Melayu bimbang sultan akan kehilangan kuasa politik dan hak keistimewaan. Orang Melayu tidak rela melihat Sultan mereka dilucutkan kuasa politik. Kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan British. Hal ini, telah menimbulkan semangat nasionalisme yang membara dikalangan orang Melayu.

Faktor kedua ialah pemberian taraf kerakyatan. Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli telah menebalkan perasaan kebencian orang Melayu kepada kaum lain. Syarat kerakyatan yang longgar membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu. Orang Melayu meragui kesetiaan orang Cina dan orang India. Jika orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu ini menyebabkan hak istimewa dan kedudukan politik orang Melayu akan tergugat. Keadaan ini amat berbahaya untuk kedudukan politik, ekonomi dan masa hadapan orang Melayu.

Faktor yang ketiga ialah cara Mac Michael medapatkan tandatangan sultan. Mac Michael dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan. Beliau mendapatkan persetujuan sultan Melayu dengan paksaan. Beliau mengugut akan melucutkan jawatan sultan kerana telah bersubahat dengan Jepun. Mac Michael tidak memberi masa dan peluang kepada sultan-sultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan pembesar masing-masing. Orang Melayu marah kerana Mac Michael tidak menerangkan kepada sultan-sultan tentang syarat-syarat gagasan Malayan Union secara terperinci sebelum sultan menandatangani perjanjian tersebut. Pemimpin-pemimpin pula marah dan berasa terhina dengan keangkuhan British yang tidak mempedulikan kepentingan orang Melayu. Mereka menganggap tindakan British sebagai tidak berpelembagaan dan tidak demokratik.

Penentangan telah dilakukan oleh orang Melayu. Penentangan telah dilakukan melalui akhbar oleh pemimpin-pemimpin untuk menyeru bangsa Melayu untuk menubuhkan Barisan Bersatu menentang Malayan Union. Akhbar-akhbar Melayu seperti Warta Negara dan Utusan Melayu telah memuatkan rencana yang mengingatkan orang Melayu tentang bahaya Malayan Union. Desakan akhbar telah menyebabkan pemimpin pertubuhan bersatu padu dan menyuarakan tentangan terhadap Malayan Union.

Penentangan juga dilakukan dengan tunjuk perasaan. Antara tunjuk perasaan yang telah diadakan ialah pada 15 Disember 1945, satu demontrasi telah diadakan oleh Persatuan Melayu Kelantan semasa kedatangan Mac Michael tiba di istana Sultan Kelantan. Pada 19 Januari, Persatuan Melayu Kedah mengadakan demonstrasi di Alor Setar dan disertai kira-kira 50 000 orang. Pada 1 Februari 1946, Persatuan Melayu Kelantan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan di Kota Bharu. Pada 10 Februari 1946, satu lagi tunjuk perasaan disertai oleh 15 000 orang Melayu termasuk wanita diadakan di Johor.

Dato’ Onn b. Ja’afar dan Persatuan Melayu Selangor telah berusaha mengadakan Kongres Melayu Se-Malaya. Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya telah mengadakan mesyuarat tergempar dan beberapa persetujuan telah dicapai. Antaranya ialah, orang Melayu mesti bersatu padu menentang Malayan Union, Raja-raja Melayu, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan orang Melayu akan memulaukan upacara pengisytiharan Malayan Union dan Kongres sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan parti politik yang kuat untuk menentang Malayan Union. Akhir sekali, Kongres mahu kerajaan British menarik balik Malayan Unuion dan mengekalkan Tanah Melayu seperti sebelum tahun 1941.

Berlaku juga penentangan daripada bekas-bekas pegawai-pegawai British seperti Frank Swettenham,George Maxwell, Ronald Bradell, Cecil Clementi dan R.O. Winstedt. Mereka bersimpati dengan nasib orang Melayu apabila Malayan Union dilaksanakan. Mereka telah menulis dalam akhbar Times menyatakan kekesalan mereka terhadap pengenalan Malayan Union yang tidak sesuai untuk Tanah Melayu.

Secara keseluruhannya, sebab-sebab orang Melayu menentang Malayan Union adalah kerana takut kedaulatan raja-raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu akan lenyap. Oleh itu, berlakunya penentangan daripada pemimpin-pemimpin Melayu yang ingin membela nasib orang Melayu. Banyak persatuan-persatuan berjuang bersama. Akhirnya, Malayan Union tidak dilaksanakan dan kerajaan British telah memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu 1948.


KONSEP Amalgamasi, Asimilasi, Akulturasi dan Akomodasi.

TUGASAN 2

Soalan 1


Bincangkan konsep-konsep berikut:

a)Amalgamasi


Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A, B dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka. Contoh amalgamasi ialah perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Perkahwinan campur merupakan perkahwinan antara dua pihak yang berlainan agama, bangsa malah kewarganegaraan. Ia merupakan perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua insan dari golongan berbeza sama ada agama atau bangsa yang juga dipanggil Epistonolgical. Perkahwinan campur telah lama dipraktikkan dalam sejarah terutamanya untuk mengeratkan hubungan antara negara, contohnya perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah. Oleh itu, perkataan kahwin campur adalah tidak asing bagi rakyat Malaysia. Masyarakat majmuk di Malaysia adalah kesan daripada perkahwinan campur di Malaysia sejak dulu hingga kini. Islam juga tidak melarang sebarang bentuk perkahwinan termasuklah perkahwinan campur asalkan ianya menurut kehendak syarak, seperti dinyatakan dalam ayat al Quran. Kahwin campur di Malaysia dipraktikkan lama lagi sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Pada masa itu, Malaysia masih dikenali sebagai Tanah Melayu. Kesultanan Melaka, Sultan Mansur Shah telah menjalin hubungan diplomatik dengan China, dan maharaja Yongle telah menghadiahi puterinya, Li Po untuk dijadikan isteri sultan. Hang Li Podatang ke Tanah Melayu bersama dengan Laksamana Cheng Ho dan 500 pengiring perempuan. Pengiring puteri menetap di Bukit Cina dan akhirnya berkahwin dengan pengawai Sultan Mansur Shah. Maka, hasil kahwin campur antara kaum melayu dan kaum cina pada masa itu dikenali sebagai baba-nyonya. Penghijrahan kaum India dalam jumlah yang besar ke Tanah Melayu adalah pada akhir kurun-19 semasa Tanah Melayu dijajahi oleh orang Portugal dan Belanda. Oleh sebab kaum Sikh amat pegang kuat kepada agama, maka pihak yang ingin berkahwin dengan kaum Sikh mestilah memahami serta memeluk agamanya. Perkahwinan campur antara orang Sikh dengan orang Cina dan Kadazan telah mewujudkan sebuah komuniti yang dikenali sebagai komuniti peranakan Punjabi. Di Malaysia juga terdapat komuniti India muslim di PulauPinang yang membentuk Jawi Peranakan hasil daripada perkahwinan antara lelaki India Muslim dari Selatan India dan perempuan Melayu di Pulau Pinang. Seterusnya komuniti Ceti yang menganut agama Hindu di Melaka hasil daripada perkahwinan pedagang India Selatan dengan wanita pribumi. Kesan postif perkahwinan campur. Secara individu, pasangan dan ahli keluarga yang terlibat dapat mengetahui dan mempelajari bangsa dan budaya lain. Selain itu, kadar maksiat seperti bersekedudukan juga dapat dikurangkan. Dari aspek masyarakat pula, kahwin campur dapat menyebarkan dakwah keagamaan, misalnya agama Islam. Hal ini kerana, apabila seseorang yang bukan Muslim ingin berkahwin dengan seorang Muslim, beliau mesti menukar agamanya kepada agama Islam. Dengan itu, ajaran Islam yang murni dapat diajarkan kepada bukan Muslim tersebut dengan harapan beliau akan mendapat hidayah daripada Allah swt. Secara tidak langsung anak-anak yang lahir dari hasil perkahwinan itu juga beragama Islam. Tambahan lagi, generasi yang lahir dari perkahwinan campur juga tidak bersikap perkauman dan berfikiran terbuka terhadap budaya lain. Disebabkan terdapatnya variasi dalam keluarga, baka yang dihasilkan akan lebih berkualiti dari segi fizikal dan mental. Dari aspek negara, kahwin campur dapat memupuk sikap perpaduan dan keharmonian di antara kaum-kaum di negara ini. Di samping itu, ekonomi juga dapat dijana melalui pelbagai upacara perkahwinan yang dijalankan.



b) Asimilasi


Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi) asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti. Sebagai contoh, Menurut Koh Kim Bok, masyarakat dan generasi baba dan nyonya terhasil dari perkahwinan campur di antara perantau-perantau cina dan wanita-wanita tempatan. Selain itu, faktor perkembangan masyarakat baba dan nyonya adalah kerana mereka amat menggalakkan perkahwinan di antara kaum lelaki mereka dengan wanita-wanita tempatan. Selain itu, anak perempuan generasi baba dan nyonya digalakkan berkahwin dengan perantau dari negara China dan tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki tempatan. Pada pertengahan abad ke-19, ramai imigran Cina datang ke Tanah Melayu, hasilnya, masyarakat Baba dan Nyonya semakin berkembang melalui asimilasi dengan masyarakat Melayu atau masyarakat Baba Nyonya. Dr. Lee Su Kim, Professor Madya dari Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sosial Sains dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, adat budaya unik masyarakat Baba Nyonya terhasil daripada perkahwinan campur antara pedagang dari wilayah Fujian, Tenggara China dengan masyarakat tempatan di Melaka hampir 700 tahun dahulu. Mereka mengamalkan cara hidup orang Melayu dari segi percakapan, pakaian dan juga makanan. Dari Melaka, kaum itu berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura. Masyarakat Baba Nyonya Melaka bertutur dengan bahasa mereka sendiri iaitu campuran Melayu dialek Baba, manakala Pulau Pinang menggunakan dialek Hokkien. Masyarakat Baba dan Nyonya juga mengamalkan sifat-sifat dan tingkah laku wanita Melayu seperti peramah, suka melatah dan berbual-bual di kaki lima pada waktu petang. Keseluruhannya, penyelidik mendapati daripada keputusan yang diperoleh melalui penyelidikan yang dijalankan, didapati bahawa masyarakat Baba dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu  begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu dalam masyarakat Baba dan Nyonya telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan  bermasyarakat. Jika tiada percampuran tersebut, maka masyarakat Baba dan Nyonya tidak akan wujud.



c) Akulturasi


Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan masyarakat kehilangan identiti asal masyarakat penerima. Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan usur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat. Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima. Perkembangan kebudayaan India ke Tanah Melayu berlaku hasil daripada aktiviti perdagangan India dengan Asia Tenggara pada permulaan tahun Masihi. Salah satu akulturasi dari budaya India ini adalah konsep diraja. Pengasas Melaka iaitu Parameswara sendiri merupakan seorang yang beragama Hindu. Buktinya, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, sistem diraja adalah bersifat Hindu-Budha. Keadaan ini adalah berdasarkan konsep ”Dewaraja”. Warisan yang masih dikekalkan berdasarkan konsep ini ialah membesarkan keagungan dan kedudukan Raja dalam upacara pertabalan baginda. Adat resam dan budaya masyarakat Melayu juga turut menerima pengaruh daripada agama Hindu iaitu amalan jampi dan mantera. Ini dapat dilihat daripada golongan bomoh atau dukun ketika melakukan upacara yang berkenaan. Amalan seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai serta mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh amalan masyarakat India. Mengikut kebudayaan Hindu terdapat perbezaan antara lapisan masyarakat bangsawan dengan masyarkat bawahan. Oleh itu, wujudnya sistem kasta. Pengaruh ini dapat dilihat dalam struktur masyarakat dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh sistem kasta. Sistem ini ialah susun lapis dalam masyarakat di mana terdapat pemisahan yang jelas di antara golongan atasan atau bangsawan dengan rakyat biasa. Keadaan ini membawa kepada kemunculan masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu. Kesan hubungan masyarakat India dengan Alam Melayu juga dapat dilihat dalam bidang kesusasteraan. Misalnya epik dan mitos India digunakan dalam kesusasteraan Melayu Lama, seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Lima (berasaskan Ramayana dan Mahabrata), Hikayat Kalilah dan Daminah, Hikayah Nakhkoda Muda, Hikayat Maharaja Pikrama Sakti (daripada Kathasaritsagara). Beberapa tema dan motif kesusasteraan India tertentu diserapkan ke dalam beberapa karya tradisi historiografi Melayu sebagai contoh lagenda Raja Suran yang mengembara ke negara dasar laut dan perkahwinannya dengan puteri raja kerajaan tersebut tercatat dalam Sejarah Melayu manakala jelmaan anak raja daripada buih terdapat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah dikaitkan dengan sumber kesusasteraan India tertentu. Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka ini juga, kita dapat melihat akulturasi dari segi bahasa. Buktinya terdapat lebih 30% kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit diserapkan ke dalam Bahasa Melayu. Contohnya, pada batu Bersurat Kedukan Bukit (683M) terdapat kosa-kosa kata seperti sapuluh , datang, jalan, laksa dan banyak lagi. Kemasukan unsur-unsur daripada epik Ramayana dan Mahabrata juga terdapat dalam seni lakon dan wayang kulit di Nusantara. Walau bagaimanapun, proses penyerapan budaya tersebut turut mengambil kira penyesuaian dan penyelarasan oleh unsur-unsur kebijaksanaan tempatan. Sikap golongan agama yang berakhlak seperti yang dipamerkan oleh ulama-ulama Islam di Alam Melayu memudahkan proses interaksi dan Islamisasi berlaku. Mereka berjaya memberikan tasawwur Islam yang sebenar sehingga terbentuknya pendidikan formal melalui institusi seperti pondok, pesantren, madrasah dan dayah. Kesannya, budaya Islam telah dibawa masuk ke Tanah Melyu seperti adat memberi salam, memakai pakaian menutup aurat seperti baju kurung, meletakkan nama-nama berasal dari perkataan Arab dan sebagainya.

d) Akomodasi


Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, disini A, B dan C merujuk kepada budaya. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.




(tugasan untuk subjek HUBUNGAN ETNIK SEMESTER 2)
saya pelajar City U
Bachelor of Business Administration.

andai ada yang salah atau kurang tepat maafkan saya ye...
bersama kita kongsi ilmu...

Thursday 5 November 2015

HBSC GLOBAL SERVICE (MALAKAOFF BLOK 2A TINGKAT 7) PENIPU

asalamualaikum...
terasa sakit hati dan kecewa besyukur semua ada....
bagun awal pagi degan semangat yang membuak almaklum la dah 2minggu menggangur..semangat nak bersiap untuk kerja tu pon lain...
😃😃😃macam biasa rutin pagi bagun je tengok hp... hahaha normal la kan first check whatsapp yang tak reply.. ok terus on whatsapp tengok mohd amirul send gambar yang di screenshot pasal penipuan di tempat kerja baru aku ni..aku bersyukur baru dua hari datang training tu bila aku dh buka blog org post pasal company ni..aku terus ambil keputusan xpayah datang company tu lagi...aku xtahu staff kat dalam tu ada hati perut ke x tegamak tipu kaum sendiri...cerita yang orang post kat facebook ni sama macam situasi aku xdapat bercakap dengan kawan..kemana semua diteman oleh konon2 manager izatul yang penipu besar tu...ko fikir berkat ke rezeki dan duit ko dapat dari scam invest yang korang tipu orang ramai ni...

ni screenshot dari facebook orang sama macam aku kena tipu dengan company ni

 

semua gambar kat atas tu la penipu2 dekat company aku kerja..
waktu aku kerja company ni pakai nama HSBC GLOBAL SERVICE.